Tentang Kami

Hijau Bumi Trading merupakan sebuah syarikat bumiputera Melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 dan telah didaftar dengan pendaftar perniagaan SSM pada 2 Mac 2015. Syarikat pemilikan tunggal ini mula beroperasi pada tahun 2015 untuk menceburi bidang perniagaan secara eksklusif dan lebih khusus dalam penjualan aksesori telefon dan servis membaiki telefon.

Hijau Bumi Trading menyediakan pelbagai produk aksesori telefon dan gajet yang berkualiti pada harga yang rendah. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan membaiki telefon bimbit dengan servis yang memuaskan pada harga yang berbaloi. Kami mula beroperasi pada bulan Februari 2015 di Lot 2 Jalan Makam Mahsuri, Kampung Bukit Temim, Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah. Setelah menerima sambutan yang menggalakkan dan maklumbalas positif dari para pelanggan kami, Hijau Bumi Trading membuka sebuah lagi cawangan di Sungai Petani, Kedah. Kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di seluruh Malaysia supaya dapat merealisasikan visi dan misi syarikat.

  • Menjadi syarikat pembekal aksesori telefon dan gajet milik bumiputera yang terunggul di seluruh Malaysia.

  • Menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif

    Berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan cekap disamping mampu memberi keuntungan kepada syarikat

    Mengekalkan servis yang mantap dan berkualiti tinggi pada harga yang rendah